Tindakan

Bagi sesetengah pengguna Minuman Raja Herba, anda mungkin mengalami tindakbalas berikut selepas pertama kali menggunakan Raja Herba. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil:


1. Pening-pening
Tindakbalas ini biasanya menunjukkan anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi. Ini merupakan tindakbalas yang biasa berlaku kerana proses penyingkiran garam berlebihan sedang berlaku. Banyakkan minum air masak dan teruskan minum Raja Herba.


2. Sakit Kaki (ghout) bertambah kuat
Ini adalah tindakbalas biasa berlaku kepada kebanyakkan pengidap penyakit ghout. Oleh itu, anda tidak pelu bimbang kerana proses pembuangan asid urik sedang berlaku melalui perpeluhan, pembuangan air besar dan air kecil. Rasa sakit mungkin terasa dalam beberapa hari. Untuk mengurangkan rasa sakit, anda boleh minum air yang dicampurkan secubit garam. Teruskan minum Raja Herba dan lebihkan minum air suam.


3. Bacaan kencing manis meningkat
Bagi segelintir pengidap kencing manis, mereka mungkin mengalami tindakbalas dengan kadar bacaan yang semakin meningkat, namun ini adalah tindakbalas positif dimana kandungan gula pada tapak kaki telah mula dicairkan dan gula dalam darah telah mula pergi ke bahagian bawah kulit untuk dikeluarkan melalui sistem perpeluhan. Elakkan duduk dibawah kipas angin/penghawa dingin. Anda juga digalakkan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Banyakkan minum air masak dan teruskan minum Raja Herba (boleh tambah dos minuman Raja Herba kepada 3 kali sehari.


4. Buasir
Bagi pengidap penyakit buasir, ada beberapa pantang yang harus diikuti. Pertama, berpantang dalam tempoh 10 hari pertama pengambilan Raja Herba iaitu elakkan makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan ikan berduri dan bersisik besar serta banyakkan makan sayur-sayuran. Kedua, berpantang seumur hidup untuk rebung, nescafe serta minuman segera dalam paket. (kopi dan teh TIADA MASALAH untuk diminum)


5. Sembelit
Bagi segelintir pengguna Raja Herba, ada yang mengalami tindakbalas sembelit dan langkah yang perlu diambil ialah campurkan sedikit Raja Herba dengan air asam jawa dan secubit garam. InsyaAllah sembelit akan segera hilang.