Monday 23 May 2011

Matlamat Utama Herba Nusantara



1. Memperkenalkan kehebatan herba dari Malaysia.
2. Membantu masyarakat yang mengidap pelbagai penyakit
3. Menyediakan kaedah rawatan dengan kos lebih murah, selamat dan tanpa bahan kimia
4. Sebagai alternatif kepada rawatan moden
5. Dapat menyediakan modal insan yang lebih produktif
6. Sebagai salah satu tanggungjawab dan khidmat bakti kepada masyarakat
7.Keluarga sihat akan membantu pembangunan ekonomi dalam sesebuah masyarakat  seterusnya pembangunan negara

Setiap ketua rumahtangga yang sihat, dapat menjadikan setiap sen pendapatan mereka untuk pembangunan ekonomi rumahtangga dan pendidikan anak-anak mereka, selain dapat menjimatkan kewangan mereka daripada belanja besar untuk mengubati penyakit yang mereka hadapi. Setiap ahli masyarakat yang sihat pula akan dapat menyumbang tenaga dan khidmat bakti kepada bangsa dan Negara, walau dalam apa jua bidang pekerjaan mereka.
Dengan mensasarkan kepada kesihatan yang baik terhadap setiap ahli masyarakat, kami percaya, ianya akan memakmurkan dan membahagiakan setiap keluarga dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada kepentingan Negara Malaysia yang tercinta. Semoga dengan apa yang kami pelajari tentang herba-herba tempatan, dapat memberi manfaat kepada kepada semua pengguna seterusnya dapat membantu Negara untuk terus maju sehingga tercapai impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara yang berpendapatan tinggi serta mencapai Wawasan 2020 seperti yang kita selalu cita-citakan sejak sedekad yang lalu. Slogan kami adalah :

'ANDA SIHAT, KELUARGA BAHAGIA, NEGARA BERJAYA'


MAKLUMAT LANJUT LAYARI
www.herba-nusantara.com